Datuk
Dr Jeffrey Datuk Kitingan ketika ini merupakan Pengerusi Eksekutif
Koisaan Cultural Development Institute(KDI), Naib Presiden Persatuan Kebudayaan
Kadazandusun Sabah atau Kadazandusun Cultural Association(KDCA), wakil
Rakyat kawasan N28 Bingkor dan Presiden Persatuan Badminton Sabah. Belaiu
adalah seorang lulusan ekonomi, Sains Politik dan Perhubungan Antarabangsa
dengan lulus Kedoktoran dari Fletcher School of Law and Diplomacy( ditadbir
bersama oleh Universiti Harvard dan Turfs) pada tahun 1994. Di antara penerbitan
dan artikel-artikel yang ditulis oleh beliau ialah; Kestabilam Politik
dan Pembangunan Ekonomi di Malaysia; Buku Panduan Perkhidmatan Awam; Pentingnya
Perancangan Sumber Tenaga Manusia dan Modenisasi Pengurusan; Masalah dan
Rintangan di dalam Perlaksanaan Pembangunan; Dua Puluh Perkara: Asas Perhubungan
Persekutuan-Negeri; Perhubungan Ekonomi-Politik Persekutuan-Negeri(Kes
bagi Perkongsian Hasil Pendapatan) dan Punca ketidak-stabilan Politik:
Suatu rangka Kerja untuk Analisis. Beliau adalah "Associate Fellow"
Institut Pengurusan Australia sejak tahun 1975. Pada tahun 1987 beliau
telah dianugerahi pangkat yang Tertinggi Negeri Sabah, iaitu Panglima Gemilang
Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran "Datuk".