SIAPA BOHONG: Mahathir atau Karim Ghani?

Isu penggiliran jawatan KM Sabah kini diperhangatkan lagi bila Karim Ghani mengatakan Datuk Seri Dr. Mahathir sendiri yang terlebih dahulu mengatakan bahawa isu ini diserahkan kepada Rakyat Sabah untuk membuat keputusan. Karim juga mengatakan baha Mahathirlah yang memulakan cadangan agar jawatan tidak digilirkan.

Untuk itu, semua stalwart UMNO Sabah dikerahkan ke Penampang untuk mempastikan bahawa Dompok kalah di Moyog. Menjelang pilihan raya, ramai pemimpin UMNO sudah pun bersedia untuk berkongsi kuasa dengan PBS kerana pendirian PBS berhubung isu Jawatan KM iaitu (1) Mana parti yang mempunyai Kerusi DUN paling banyak, presidennya akan jadi KM (2) Tidak harus ada penggiliran jawatan KM.

Maka Dompok harus dikalahkan.

Satu lagi perkara yang diperhangatkan. UMNO mengambil iktibar bahawa 54% pengundi Sabah menolak Sistem ini jadi munasabahlah bagi UMNO Sabah untuk menurut kehendak 54% yang tidak mengundi BN kerana TIDAK Menyokong Jawatan KM digilir-gilir.

Disebalik itu pula, UMNO Sabah bilang jumlah undi tidak menjadi perkiraan, yang penting mereka menang lebih banyak kerusi.

Inilah Politik yang dibawa oleh UMNo ke Negeri Di Bawah Bayu, lebih dahsyat daripada ribut taufan greg.

Laman ini didokong oleh Anak Jati Sabah Ahli Kumpulan Sabah Awareness Forum
Champion's of Sabah's Right