Datuk Dr Jeffrey Datuk Kitingan ketika ini merupakan Pengerusi Eksekutif Koisaan Cultural Development Institute(KDI), Naib Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah atau Kadazandusun Cultural Association(KDCA), wakil Rakyat kawasan N28 Bingkor dan Presiden Persatuan Badminton Sabah. Belaiu adalah seorang lulusan ekonomi, Sains Politik dan Perhubungan Antarabangsa dengan lulus Kedoktoran dari Fletcher School of Law and Diplomacy( ditadbir bersama oleh Universiti Harvard dan Turfs) pada tahun 1994. Di antara penerbitan dan artikel-artikel yang ditulis oleh beliau ialah; Kestabilam Politik dan Pembangunan Ekonomi di Malaysia; Buku Panduan Perkhidmatan Awam; Pentingnya Perancangan Sumber Tenaga Manusia dan Modenisasi Pengurusan; Masalah dan Rintangan di dalam Perlaksanaan Pembangunan; Dua Puluh Perkara: Asas Perhubungan Persekutuan-Negeri; Perhubungan Ekonomi-Politik Persekutuan-Negeri(Kes bagi Perkongsian Hasil Pendapatan) dan Punca ketidak-stabilan Politik: Suatu rangka Kerja untuk Analisis. Beliau adalah "Associate Fellow" Institut Pengurusan Australia sejak tahun 1975. Pada tahun 1987 beliau telah dianugerahi pangkat yang Tertinggi Negeri Sabah, iaitu Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran "Datuk".