BELANG SENATOR SAIRIN KARNO TERBONGKAR.

Calon BN di Pensiangan dan Bingkor, Ellron Alfred dan Datuk Joseph Kurup menyalahkan parti-parti komponen BN kerana kekalahan mereka di kawasan yang ditandingi masing-masing.

Selepas pilihanraya, Petrus Guriting dikatakan beria-ia untuk menggantikan Jospeg Kurup sebagai Pengerusi BN Bahagian Keningau. Melihat keadaan ini, YB Senator Sairin Karno muncul dengan 'keupayaan' beliau untuk membawa 2,000 ahli parti pembangkang memasuki UMNO sempena lawatan Pak Lah ke Keningau.

Ura-ura dan tuduhan mengatakan Sairin langsung tidak membantu calon-calon BN di Pensiangan dan Bingkor kini mulai dibuktikan.

Dulu Sairin Karno pernah meminta agar Bingkor atau Pensiangan diberikan kepada UMNO dan beliaulah yang menjadi calon. Sairin pernah didengar sebagai berkata bahawa kalau bukan dia yang jadi Calon, BN akan kalah di Pensiangan. Maka Elron dan Jospeh Kurup harus kalah untuk membuktikan tuduhan ini.

Bila Petrus Guriting mulai berjinak-jinak untuk menghidupkan BN di Keningau, Sairin keluarkan murkanya dengan mengatakan bahawa beliau dan UMNO harus diberi peluang bertanding di Keningau menentang Jospeh Pairin Kitingan, MP Keningau dan ADUN Tambunan yang juga Huguan Siou (Paramount Chief) kepada Kadazandusun termasuk Sairin sendiri. Sairin tahu dia tidak boleh lawan Pairin, tetapi dia telah buktikan bahawa Ellroon Alfred akan kalah di Pensiangan.

Mungkin Kalau UMNO yang tanding boleh menang macam Rubin Balang?

Jadi UMNO Sabah kini memulakan penguasaan mereka di seluruh Sabah...menjadikan Sabah salah satu koloni yang harus tunduk pada jari telunjuk UMNO Malaya.

Laman ini didokong oleh Anak Jati Sabah Ahli Kumpulan Sabah Awareness Forum
Champion's of Sabah's Right